Mungkin nanti kita tidak mampu berbicara bertentang mata tetapi cikgu tetap akan terus berbicara di sini... Andai kalian membacanya ingatlah seperti mana cikgu nyatakan di dalam kelas 'ingat sampai mati'... Mengenali kalian yang sememangnya murah dan mewah dengan bicara... Kadang-kadang bosan gak nak tunggu kalian berhenti bercakap maklumlah banyak topik nak dihabiskan... Tapi, kadang-kadang bicara kalian ni menghiburkan... Kalian sememangnya anak-anak bertuah kerana dilahirkan sebagai manusia yang pandai dan insya Allah akan terus menjadi pandai.. Cuma satu yang cikgu risaukan, kalian kurang gemar menulis... Banyak tugasan cikgu yang kalian abaikan.. Walaupun apabila ditanya sepatah, berpatah-patah kata jawapan mampu kalian berikan. Begitu juga dengan idea yang sangat luar biasa hebatnya kalian miliki, tetapi kita ini hidup di bumi Malaysia yang segala-galanya bermula di atas kertas. Kita masih belum mampu memberi bentuk ujian atau peperiksaan sains secara lisan. Rajin-rajin lah memegang sebatang pen untuk kalian coretkan jawapan pada setiap soalan yang kalian jumpa. Barulah kalian akan jumpa jawapan bagi soalan bagi setiap kali peperiksaan berlangsung... Inilah maksud cikgu, dari awal tahun cikgu telah berikan jawapan kepada soalan peperiksaan cuma bicara cikgu kalian pandang remeh dan tersenyum sinis... Tak mengapa, satu hari ini kalian akan mengerti. Cikgu harapkan kalian berusaha bersungguh-sungguh dan ambil iktibar daripada bicara cikgu ini. Mesti dapat 'A' dalam sains PMR 2010. Tapi cikgu berkehendakkan juga lonjakkan kejayaan dalam peperiksaan setengah tahun ini. Siapa pun yang gantikan cikgu, hormatilah dia dan terimalah gaya setiap orang tidak sama dan ambillah ilmunya secukup-cukupnya. Cikgu tetap sedia menjawab sebarang kemusykilan andai kalian ketemu masalah berkaitan sains. Salam sayang dari Cikgu Dija.
30 Mei 2010
27 Mei 2010
Yang pergi jasad bukan semangatnya... renungan buat 3 KRK 2
kalian coret di bumi nan gersang
basah oleh gerimis petang
hiba tiba-tiba bertandang
sayu disebalik kata-kata yang terbentang...
besar pengertian coretan kalian
menggunung mendamba impian
agar daku sama dalam perjuangan
menggapai jaya yang sering menjadi sebutan...
maaf andai daku mengundur diri
tika kalian siap memasang jeriji
bukan kerna diri tak sudi
singgah sebentar mencurah bakti...
jangan kalian menyerah kalah
semangat juang usah biar rebah
titipkan doa di tikar sejadah
Allah tahu hambaNya yang sedang resah...
bicara daku kadang-kadang mengigit jiwa
gurau senda menggores rasa
maaf kan daku wahai bunga bangsa
daku ikhlaskan ilmu yang ada...
basah oleh gerimis petang
hiba tiba-tiba bertandang
sayu disebalik kata-kata yang terbentang...
besar pengertian coretan kalian
menggunung mendamba impian
agar daku sama dalam perjuangan
menggapai jaya yang sering menjadi sebutan...
maaf andai daku mengundur diri
tika kalian siap memasang jeriji
bukan kerna diri tak sudi
singgah sebentar mencurah bakti...
jangan kalian menyerah kalah
semangat juang usah biar rebah
titipkan doa di tikar sejadah
Allah tahu hambaNya yang sedang resah...
bicara daku kadang-kadang mengigit jiwa
gurau senda menggores rasa
maaf kan daku wahai bunga bangsa
daku ikhlaskan ilmu yang ada...
Salam sayang dari Cikgu Dija buat anak-anak 3 KRK 2..
Kalian tetap dalam lipatan sejarah cikgu...
Semoga berjaya mencapai cita-cita kita bersama SKOR A SAINS PMR 2010
26 Mei 2010
Ingat Pesan Cikgu!
Peperiksaan Pertengahan Tahun - menguji pelajar dan guru.
Sejauhmana keberkesanan teknik PnP guru dan sejauhmana penerimaan kefahaman pelajar terhadap kandungan mata pelajaran.
Anak-anak cikgu sekalian, ingat setiap pesanan cikgu >>> setiap kali bebelan cikgu dalam kelas kalian...
Nak skor SAINS A ???
1. Tetapkan target ~ mesti dapat A ~ paling tidak pun mesti meningkat dari ujian yang lepas
2. Tawakal setiap usaha ~ selepas solat banyak kan berdoa
3. Minta maaf pada ibu bapa ~ mohon restu mereka
4. Minta maaf dengan guru ~ kadang-kadang bicara kita agak keterlaluan
5. Ucap terima kasih kepada guru ~ minta guru ikhlaskan apa yang telah mereka beri
6. Kuasai teknik menjawab ~ rujuk formula cikgu!
7. Tak tahu kena bertanya ~ malu bertanya tiada jawapan ~ tak ada markah
8. Bawa alat tulis yang lengkap ~ jangan pinjam meminjam ~ masa itu emas!
Selamat menjawab!
Doa cikgu sentiasa mengiringi usaha kalian...
Sejauhmana keberkesanan teknik PnP guru dan sejauhmana penerimaan kefahaman pelajar terhadap kandungan mata pelajaran.
Anak-anak cikgu sekalian, ingat setiap pesanan cikgu >>> setiap kali bebelan cikgu dalam kelas kalian...
1. Jangan tinggal solat
2. Jangan lupa makan
3. Jangan lawan cikgu
4. Jangan tak baca buku
5. Ulangkaji selalu
6. Ada masa pergi lah riadah
7. Bantu kawan-kawan tanda kita sayang mereka
Nak skor SAINS A ???
1. Tetapkan target ~ mesti dapat A ~ paling tidak pun mesti meningkat dari ujian yang lepas
2. Tawakal setiap usaha ~ selepas solat banyak kan berdoa
3. Minta maaf pada ibu bapa ~ mohon restu mereka
4. Minta maaf dengan guru ~ kadang-kadang bicara kita agak keterlaluan
5. Ucap terima kasih kepada guru ~ minta guru ikhlaskan apa yang telah mereka beri
6. Kuasai teknik menjawab ~ rujuk formula cikgu!
7. Tak tahu kena bertanya ~ malu bertanya tiada jawapan ~ tak ada markah
8. Bawa alat tulis yang lengkap ~ jangan pinjam meminjam ~ masa itu emas!
Selamat menjawab!
Doa cikgu sentiasa mengiringi usaha kalian...
29 April 2010
06 April 2010
APABILA MENGHADAPI UJIAN ALLAH
Entri kali ini agak islamik kerana kadang2 anak2 dan rakan2 telah bergolok bergadaikan masa berusaha untuk memastikan impian menjadi nyata tetapi adakala impian itu tidak terealisasi. Mengapa? Sebagai mukmin sejati kembalilah kita menghadap Ilahi. Mengapa harus rasa kecewa atau menangis hingga bengkak mata andai kegagalan hadir menerjah jiwa? Tanya pada hati kerana di sana letaknya iman yang akan menjawab setiap persoalan kata. Begitu juga cgu kadang2 pelbagai cara telah diguna tetapi mengapa masih belum tergapai cita2. Mari kita mengkaji ilmu Allah sedalam2 nya. Pasti akan terbit hikmah jika kita yakin apa yang kita lakukan. Tak perlu menyalahkan orang lain ataupun diri sendiri. Kasihan diri yang kadang2 terpaksa berjaga hingga lewat malam adakala tika sakit mendatang juga memaksa diri untuk mengulangkaji. Apabila kita gagal kali pertama, renungkan seketika dan ambil tindakan untuk atasi kegagalan. Kegagalan adalah guru yang terhebat. Daripadanya kita belajar untuk meraih kejayaan. Jangan lupa berserah diri kepada Ilahi. Satu hari 5 kali. Di akhir kalam setiap pertemuan, panjatkan rasa syukur dengan apa yang diberi dan bermohon padaNya akan usaha yang kita laksana dalam keberkatanNya. Amin.
~ muhasabah diri~
03 April 2010
SPERMA CACAT
Sperma normal bukan saja tinggi dari segi bilangan tetapi memiliki bentuk sempurna dan pergerakan aktif. Faktor tekanan antara punca benih lelaki tidak normal, berkurangan.
KEBANYAKAN lelaki yang sihat secara automatik akan menganggap sistem reproduktif mereka tidak bermasalah. Soalnya, sejauh mana kesedaran mengenai kesuburan itu khususnya berkaitan kesihatan benih atau sperma kerana gejala kemandulan lelaki sukar dikesan.
Di Malaysia, kes kemandulan lelaki atau sperma tidak normal, amat jarang dilaporkan kerana tidak banyak data atau kajian mengenai ketidaksuburan lelaki direkodkan. Namun apa yang memeranjatkan, kebanyakan kes atau kebanyakan kes yang dirujuk di pusat perubatan kesuburan membabitkan ketidaksuburan lelaki.
KEBANYAKAN lelaki yang sihat secara automatik akan menganggap sistem reproduktif mereka tidak bermasalah. Soalnya, sejauh mana kesedaran mengenai kesuburan itu khususnya berkaitan kesihatan benih atau sperma kerana gejala kemandulan lelaki sukar dikesan.
Di Malaysia, kes kemandulan lelaki atau sperma tidak normal, amat jarang dilaporkan kerana tidak banyak data atau kajian mengenai ketidaksuburan lelaki direkodkan. Namun apa yang memeranjatkan, kebanyakan kes atau kebanyakan kes yang dirujuk di pusat perubatan kesuburan membabitkan ketidaksuburan lelaki.
Malah dalam kebanyakan kes, setiap kali keguguran berlaku wanita biasa dipersalahkan. Jika telur normal tetapi sperma pula tidak, ‘kecacatan’ sperma inilah yang boleh mengakibatkan keguguran. Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Zamri Abdul Rahim, berkata kebanyakan lelaki di Malaysia sedar mengenai masalah ketidaksuburan, tetapi tidak mahu memandang serius mengenainya.
Akibatnya, si isteri yang datang bertemu doktor terlebih dulu untuk membuat pemeriksaan sebelum menerima berita yang lebih mengejutkan yang kadangkala tidak dapat diterima suami.
“Sperma yang normal bukan saja tinggi dari segi bilangan tetapi juga memiliki bentuk yang sempurna dan pergerakan yang aktif. Pakar akan mencari sperma yang mempunyai kepala bujur dan ekor yang panjang. Ini adalah bentuk sperma yang boleh dianggap normal.
“Sebagai contoh selepas satu jam, berapa peratusan sperma yang bergerak? Selepas tiga jam apa berlaku dan adakah sampel itu dijangkiti virus adalah beberapa perkara yang diambil kira,” katanya
.
Dr Zambri berkata, bilangan sperma yang normal biasanya mencecah sehingga 40 juta dan ada juga 20 juta bergantung kepada pusat perubatan kesuburan.
“Apapun, bagi membolehkan wanita hamil, kita hanya perlukan satu sperma yang sihat saja. Kita perlu lihat pada peratusan sperma yang normal, jika seorang itu punya bilangan sperma rendah tetapi 80 hingga 90 peratus adalah aktif, itu lebih baik daripada seseorang yang punyai bilangan sperma yang tinggi tetapi lebih 50 peratus bentuknya tidak normal,” katanya.
Langkah seterusnya ialah melihat pergerakan sperma. Ada sperma yang mempunyai pergerakan normal iaitu lebih 60 peratus yang bergerak dan ada juga yang tidak bergerak langsung dipanggil sperma mati.
Beliau berkata, langkah selanjutnya ialah memahami bentuk sperma itu sendiri. Sperma yang normal bentuknya perlu ada kepala, badan tengah dan ekor. Tetapi jika tidak normal, sperma ini akan datang dalam pelbagai bentuk seperti kepala besar, kepala kecil, ekor bercabang dua, ekor pendek, ekor terbelit, ekor bergulung dan pelbagai bentuk lagi. Sperma begini akan sukar untuk sampai kepada telur bagi proses persenyawaan.
“Penyebab utama dan paling biasa menyumbang kepada sperma yang tidak normal adalah tekanan. Ia agak subjektif untuk dibincangkan namun ada yang mengatakan bila kita dilanda tekanan bilangan sperma akan berkurangan,” katanya.
Seseorang itu dikatakan mempunyai bilangan sperma yang rendah apabila setiap 1 mililiter pancutan sperma hanya menghasilkan kurang daripada 20 juta spermatozoa. Kajian mendapati lelaki yang dilahirkan sekitar 1960-an mempunyai jumlah sperma yang lebih tinggi berbanding lelaki yang dilahirkan pada 1970-an.
Menurut Dr Zambri, banyak faktor penyebab morfologi sperma tidak normal seperti jangkitan, terdedah kepada toksin, radiasi, merokok, urat darah varicocele dalam scrotum, demam dan panas melampau, gaya hidup, dadah dan alkohol, obesiti dan testis yang tidak normal.
“Langkah pertama untuk mengetahui sekiranya anda mempunyai isu berkaitan morfologi sperma ialah lakukan analisis sperma. Sekiranya anda ada masalah morfologi sperma tidak normal pakar akan menyarankan supaya anda melakukan analisis itu pada bulan berikutnya bagi memastikan sebarang perubahan dan menentukan sama ada sperma tidak normal itu bersifat sementara atau kekal,” katanya.
Beliau bagaimanapun mengingatkan, seseorang itu tidak perlu bimbang jika analisis menunjukkan kewujudan morfologi sperma yang tidak normal, sebaliknya membiarkan pakar melakukan ujian sepenuhnya.
Antara rawatan bagi masalah ini termasuk intra uterine insemination (IUI) atau in-vitro insemination (IVF) atau permanian berhadas atau Suntikan Sperma Intra Cytoplasmic (ICSI).
INFO: Cara tingkatkan sperma
- Amalkan gaya hidup dan diet seimbang (sayur-sayuran dan gandum).
- Bersenam.
- Kurangkan tekanan.
- Jaga berat badan.
- Berhenti merokok.
- Kurangkan atau menghentikan pengambilan alkohol.
- Jauhi najis dadah.
- Jarakkan kekerapan ejakulasi (selang tiga hari).
- Elak memakai seluar dalam yang ketat, sauna, mandi tab panas dan apa saja yang boleh meningkatkan suhu buah zakar.
Sumber : Berita Harian online, 04042010
Langgan:
Catatan (Atom)



