30 Mei 2010

Pesanan buat anak-anak ku 3 ALAMANDA 2010

Mungkin nanti kita tidak mampu berbicara bertentang mata tetapi cikgu tetap akan terus berbicara di sini... Andai kalian membacanya ingatlah seperti mana cikgu nyatakan di dalam kelas 'ingat sampai mati'... Mengenali kalian yang sememangnya murah dan mewah dengan bicara... Kadang-kadang bosan gak nak tunggu kalian berhenti bercakap maklumlah banyak topik nak dihabiskan... Tapi, kadang-kadang bicara kalian ni menghiburkan... Kalian sememangnya anak-anak bertuah kerana dilahirkan sebagai manusia yang pandai dan insya Allah akan terus menjadi pandai.. Cuma satu yang cikgu risaukan, kalian kurang gemar menulis... Banyak tugasan cikgu yang kalian abaikan.. Walaupun apabila ditanya sepatah, berpatah-patah kata jawapan mampu kalian berikan. Begitu juga dengan idea yang sangat luar biasa hebatnya kalian miliki, tetapi kita ini hidup di bumi Malaysia yang segala-galanya bermula di atas kertas. Kita masih belum mampu memberi bentuk ujian atau peperiksaan sains secara lisan. Rajin-rajin lah memegang sebatang pen untuk kalian coretkan jawapan pada setiap soalan yang kalian jumpa. Barulah kalian akan jumpa jawapan bagi soalan bagi setiap kali peperiksaan berlangsung... Inilah maksud cikgu, dari awal tahun cikgu telah berikan jawapan kepada soalan peperiksaan cuma bicara cikgu kalian pandang remeh dan tersenyum sinis... Tak mengapa, satu hari ini kalian akan mengerti. Cikgu harapkan kalian berusaha bersungguh-sungguh dan ambil iktibar daripada bicara cikgu ini. Mesti dapat 'A' dalam sains PMR 2010. Tapi cikgu berkehendakkan juga lonjakkan kejayaan dalam peperiksaan setengah tahun ini. Siapa pun yang gantikan cikgu, hormatilah dia dan terimalah gaya setiap orang tidak sama dan ambillah ilmunya secukup-cukupnya. Cikgu tetap sedia menjawab sebarang kemusykilan andai kalian ketemu masalah berkaitan sains. Salam sayang dari Cikgu Dija.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails